Kelas Asas ICT – Komponen Komputer

5 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Jumaat – 4 Julai 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas asas ICT iaitu pengenalan kepada komponen komputer. Kelas ini telah diadakan pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan disertai oleh 5 orang belia sekitar Lubok Antu. Kelas ini diadakan di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk membantu peserta mengenal pasti setiap komponen komputer. Selain itu, kelas ini juga bagi mendedahkan peserta kepada fungsi-fungsi yang terdapat pada setiap komponen komputer yang ada.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Ceramah dan tanyangan video Klik Dengan Bijak
2. Pengenalan kepada komponen komputer
3. Latihan bagi membantu peserta menguasai komponen komputer
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali